Rabu, 12 Ogos 2009

Admin@CheDetFC menjemput anda untuk melihat CHEDET FANCLUB [CDFC]-RC
(WAN MOHD ZAKI)

Jumaat, 7 Ogos 2009

UCAPAN PENGERUSI BLOG chedetfc.blogspot.com

Bismillah hirahman nirrahim..

Dengan nama Allah SWT yang maha pemurah lagi maha mengasihani,Maka dengan izin darinya juga dapat saya zahirkan kata-kata aluan menerusi ruangan blog http://chedetfc.blogspot.com dimana Tun Mahathir merupakan idola zaman generasi saya yang lahir selepas kemerdekaan Negara Malaysia.

Saya mengambil kesempatan bermakna ini untuk melahirkan perasaan penuh hormat kepada pengasas Blog yang juga merupakan YDP Konsortium Niaga Gabungan Saudagar Intelek atau KONGSI di atas kepercayaan Persatuan melantik saya Wan Mohd Zaki Bin Wan Abdul Razak sebagai Penegrusi Blog perjuangan ini.

Kepada seluruh warga jawatankuasa Blog chedetfc.blogspot.com,Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas permuafakatan yang amat teguh terbina sebagai kunci permulaan permuafakatan itu bermula daripada Jawatankuasa terlebih dahulu sebelum berjaya menyatukan satu suara rakyat Malaysia yang berjaya dimana bermulanya nilai dan makna sebuah perjuangan.

Ucapan Tahniah!,kepada warisan darah Tun Mahathir Bin Mohamad,Yang Berhormat Dato Mukriz Bin Tun Mahathir di atas kepercayaan Perdana Menteri Malaysia melantik YB Dato sebagai Timbalan Menteri didalam barisan kabinet Negara.Bagi mewakili warga Persatuan,Saya dengan penuh hormat kepada YB Dato,mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YB Dato memberikan ruang kepada Persatuan semasa lawatan kepimpinan utama Persatuan ke pejabat YB Dato Mukriz baru-baru ini.Keizinan YB Dato kepada Persatuan untuk menyediakan Blog ini amat disanjung tinggi serta dihargai oleh semua warga persatuan.

Kepada rakan-rakan dan teman-teman yang sudi menyertai ruangan ini amat saya sanjung tinggi dengan mendoakan kesejahteraan saudara dan saudari kejalan yang diredzai.Marilah kita bersama-sama walau diruang mana sekalipun kita berada,pengorbanan kepada Agama,Bangsa dan Negara perlu diutama.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Dasar Tun Mahathir Bin Mohamad yang di amanahkan oleh Persatuan untuk menguruskannya maka saya akhiri dengan sebaris kata-kata semangat pahlawan cina berbunyi "Kenalilah diri anda,kenalilah musuh anda,Percayalah,anda akan menghadapi 100 pertempuran tanpa tewas:".

Salam Perjuangan yang tulus iklas.
WAN MOHD ZAKI BIN WAN ABDUL RAZAK
PENGERUSI JAWATANKUASA KELAB PENYOKONG DASAR TUN MAHATHIR

Prakata pengasas BLOG chedetfc.blogspot.com




Bismillahirrahmannirrahim..
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW,Para sahabat Baginda rasullulah dan pejuang-pejuang bangsa melayu yang telah kembali ke Rahmatullah.

Al-Fatihah..


Alhamdulillah,Segala puji dan lafaz kesyukuran di angkatkan kehadrat Allah Subhanallah Wata'ala kerana dengan limpah perkenan dan rahmat darinya kita dapat menubuhkan sebuah laman blog yang menjadi penyokong serta pembela seorang pemimpin agung yang dikurniakan oleh Allah Azawajalla kepada bangsa melayu bernama Tun Mahathir Bin Mohamad.

Blog chedetfc.blogspot.com ini ditubuhkan adalah untuk meneruskan kesinambungan daripada perjuangan murni seorang pemimpin Negarawan unggul serta membantu hasratnya yang tidak jemu dan berhenti berjuang selagi hayat dikandung badan semata-mata untuk perjuangannya kepada Agama,Bangsa dan Negara.Menginsafi bertapa harapannya yang bersungguh-sungguh mahu melihat sebuah bangsa Malaysia yang bersatu,berdaya saing serta berakal mentafsir setiap pesanannya maka ,Jawatankuasa Blog chedetfc.blogspot.com mengambil inisiatif sewajarnya menyediakan laman blog ini bagi mengembangkan lagi kefahaman berkenaan proses pembinaan Negara Malaysia agar dapat dihayati serta difahami oleh setiap daripada pengikut blog ini dan menyampaikan kepada rakan-rakan untuk menjadi ahli blog dengan beranggapan bahawa melayari blog ini adalah satu sumbangan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat dibawah pemerintahan Beraja dan Negara yang telah Merdeka.

"Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya,Mengapakah mesti kita pergi mendaki gunung-ganang apabila keadaannya lebih selamat jika kita tidur di rumah sahaja"Petikan ucapan Tun Mahathir Bin Mohamad pada perlancaran projek Malaysia Everest 97.
Petikan daripada kata-kata Tun Mahathir bin Mohamad diatas telah menjadi panduan kepada sebilangan besar daripada kita yang menghayati maksud melengkapkan bekalan kepada pesanan Tun Mahathir semasa ucapan Perhimpunan Agung UMNO PWTC 20Jun2002 bahawa "Alaf ketiga dan Abad 21 tidak membawa tamadun manusia ke tahap yang lebih baik,walaupun kepandaian dan kecekapan manusia begitu tinggi sekali.Zaman teknologi maklumat,zaman ilmu pengetahuan telah tiba.Malangnya,manusia sudah menjadi angkuh dengan kebolehan mereka.Ilmu yang diperolehi tidak banyak digunakan untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia,tetapi lebih kepada peningkatan kebolehan menindas dan membunuh lebih ramai manusia"

Mengambil iktibar daripada pesanan tersebut bertapa kita dapat menilai bahawa sebagai salah seorang daripada lima pemimpin utama bangsa melayu yang diamanahkan Allah SWT,Tun Mahathir menzahirkan kebimbangannya demi generasi masa hadapan yang dilihat daripada keilmuannya permikirannya yang tinggi dengan kebenaran fakta daripada kajian penyelidik ketamadunan dunia yang membuat kajian mendalam pada fakta tersebut.Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama,kita ketepikan sementara permikiran negatif kita bahawa kata-kata tersebut diucapkan daripada seorang pemimpin politik,dan kita fokuskan permikiran kita kepada kata-kata seorang pemimpin yang terbukti membawa perubahan anjakan paradigma Negara yang penuh dengan ilmu kepimpinan kebenaran fakta yang disampaikan sebagai persediaan generasi kepimpinannya.

Menginsafi diri saya sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia berbangsa melayu,bertapa kata-katanya menjadi panduan dan tanggungjawab kita bersama untuk merealisasikan hasratnya murninya agar menjadi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia berada didalam situasi bersedia dan bersatu menerusi Rukun Negara yang melengkapkan kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

Justeru itu,Marilah kita membulatkan tekad,Permulaan dengan satu niat,ketepikan sementara segala fahaman politik yang diwujudkan untuk mematangkan rakyat yang baru Merdeka,kita bincangkan dan hayati bersama,Tajuk dan isu-isu bermula proses pembinaan sebuah Negara,dengan harapan agar ruangan ini dapat meningkatkan semangat nasionalisme dan patriotisme bagi mengisi kemerdekaan Negara.
KENEGARAAN MALAYSIA

"When the POWER of LOVE overcome the LOVE of POWER,WORLD will know PEACE"

Disunting oleh pengasas Blog
YDP Persatuan-Sifu-